Monday, November 26, 2012

Images

Definisi Prinsip Rekabentuk


        Setiap orang memiliki kebolehan untuk menterjemahkan idea dan pengalaman, begitu juga dengan perkara-perkara yang dilihat atau dirasai, ke dalam suatu bentuk yang tersusun. Di dalam semua hasil kerja reka bentuk terdapat elemen-elemen reka bentuk seperti ruang yang diisi atau dibiarkan kosong, pelbagai jenis garisan, bentuk tiga dimensi, warna, nilai dan juga tekstur. Cara bagaimana elemen-elemen ini digunakan atau digabungkan mampu menentukan kualiti hasil kerja.

Sebagai usaha pereka untuk mengekspresikan dirinya dan menghasilkan sesuatu yang bermakna daripada bahan yang digunakan, mereka menyedari bahawa bahawa melalui proses keseimbangan, pergerakan, pengulangan, penekanan dan kontras terhadap elemen-elemen reka bentuk, satu hasil kerja yang menarik dan bermutu mampu dihasilkan. Proses inilah dikenali sebagai PRINSIP REKA BENTUK.

Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.





0 comments: